SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG KAMI PERKAHWINAN 1 MALAYSIA PERAYAAN TAHUN BARU CINA PAKAIAN TRADISIONAL PELBAGAI KAUM VARIASI MAKANAN MASYARAKAT MALAYSIA

APAKAH KESANTUNAN BERBAHASA?


1. Perspektif tokoh tempatan
  • Hafizah Salleh (2005)
          kehalusan bahasa yang digunakan untuk menunjukkan kesopanan seseorang apabila 
          berkomunikasi dengan orang lain, iaitu sama ada secara lisan ataupun dalam bentuk 
          tulisan. Hanya kosa kata yang halus dan sopan digunakan untuk menyampaikan sesuatu 
          mesej yang tertentu.

  • Awang Sariyan (2007)
          penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan 
          menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya.

  • Siti Hajar Abdul Aziz (2009)                                                                                                  cara penggunaan kata dan ujaran secara sopan dan beradab.
  • Asmah Haji Omar (2000)

          Mengikut perspektif Melayu ialah penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak

          menimbulkan kegusaran,kemarahan dan rasa tersinggung daripada pendengar.


2. Perspektif tokoh dunia


  • Fraser dalam Gunarwan (1994)
         “property associated with neither exceeded any right nor failed to fullfill any obligation”.
          Dengan kata lain kesantunan adalah hak milik yang dikaitkan dengan tidak melebihi apa-
          apa hak atau gagal untuk memenuhi syarat apa-apa kewajipan. Dalam hal ini, menurut 
          beliau, si penutur perlulah tidak melampaui hak-haknya atau tidak mengingkari 
          memenuhi kewajipannya untuk mengamalkan kesantunan dalam berbahasa.

  • Mulder (1973) 
          keadaan rukun dimana semua pihak berada dalam keadaan damai satu sama lain, 
          suka bekerja sama, saling menerima, dalam suasana tenang dan sepakat.

  • Hildred Geertz (1967) 
menghilangkan tanda-tanda ketegangan dalam masyarakat dan sebagai hubungan-hubungan sosial dalam prinsip hormat-menghormati.

  •  Leech (1983),
perlakuan yang dapat mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi. Bahasa mesti halus, beradab sopan, perlakuan lemah-lembut dan berbudi pekerti.

  •  J. Ferguson dan Das Gupta (1968)
 berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai  usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang  konflik.


  • Nabi Muhammad SAW melalui hadis-hadis
a) “Barang siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.”
b) “Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nanti di hari Kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan sombong dalam berbicara.
c) “ Bukanlah seseorang itu mukmin jika suka mencela, melaknat dan berkata-kata keji.”
d) “Tanda-tanda munafik itu ada 3 perkara, jika ia berbicara ia berdusta, jika ia berjanji ia mengingkarinya dan jika diberi amanah ia khianat.”
e) “ Janganlah kalian saling dengki-mendengki, dan janganlah kalian saling membenci, dan janganlah kalian saling berkata-kata keji antara satu dengan yang lain, dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara.”
f) "Sebaik-baik manusia di antara kamu ialah orang yang akhlaknya baik". 

  • Hamka (2005)
a) Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
b) Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
c) Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya.

  •  Aristotle
a) Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.
b) Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum.

  • Khalifah Abdul Malik Marwan 
semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan orang lain ketika berdaya membalas, dan bersikap adil ketika kuat.



RUJUKAN:


Awang Sariyan, (2007). Santun berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Bahasa Melayu II. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.



Hamka. (n.d.). Di Bawah Lindungan Ka'bah. Retrieved Oktober 2, 2013, from goodreads: http://www.goodreads.com/book/show/1645513.Di_Bawah_Lindungan_Ka_bah

Luthfiyatin, I. (n.d.). Skripsi - Kesantunan Berbahasa. Retrieved Oktober 2, 2013, from Kesantunan Berbahasa: http://kesantunanberbahasa.wordpress.com/bab-i-pendahuluan/

Shalini, P. &. (2013, Julai 26). Kuliah 3 - Konsep Kesantunan. Retrieved Oktober 2, 2013, from 
            GSB: http://gsb1062prashashalini.blogspot.com/2013/07/kuliah-3-konsep-kesantunan-
            santun_26.html

Rashid, N. A. (2005). Nilai Kesantunan Dalam Konteks Sosiobudaya Masyarakat Melayu. 
             Jurnal Pengajian Melayu, 236.

Rohali. (2011). Kesantunan Berbahasa Sebagai Pilar Pendidikan Karakter: Perspektif 
            Sosiopragmatik. Jurnal Pendidikan Karakter, 74.