Masyarakat Melayu mempunyai pakaian tradisionalnya seperti baju kurung bagi perempuan dan baju melayu bagi lelaki. Baju kurung adalah blaus longgar selabuh lutut yang biasanya dipakai di luar skirt panjang dengan lipatan di tepi. Ia juga boleh dipasang dengan fabrik tradisional seperti songket dan batik. Biasanya, pakaian tradisional dilengkapkan dengan selendang atau tudung serta skaf. Baju melayu pula berbentuk kemeja dikenakan dengan seluar. Ia biasanya dipakai bersama dengan sampin iaitu sarong pendek yang dililit di pinggang.
Masyarakat
Melayu mengamalkan adat dan budaya dalam pelbagai acara seperti perkahwinan dan
sebagainya. Dalam masyarakat melayu, mereka terikat dengan dua perkara iaitu
hukum syara’ dan adab resam masyarakat setempat. Kesan daripada itu, lahirnya
amalan perkahwinan seperti mahar dan hantaran. Kedua-dua amalan tersebut amat
berbeza dari sudut pengamalnya di antara negeri-negeri di Malaysia menurut budaya
masyarakat setempat.
Mas
kahwin atau mahar merupakan pemberian wajib dari lelaki kepada perempuan dan ia
menjadi hak mutlak pengantin perempuan. Hantaran pula merupakan hadiah
pemberian dari pihak pengantin lelaki kepada pengantin perempuan bergantung
kepada keperluan mereka. Pada dasarnya, hantaran bukanlah hak mutlak pengantin
perempuan tetapi kerap dibelanjakan untuk mengadakan majlis perkahwinan.
Namun,
masyarakat kini lebih mengutamakan hantaran daripada mahar yang menyebabkan ada
segelintir keluarga pihak perempuan sengaja meletakkan hantaran yang terlalu
tinggi hingga mencecah puluhan ribu ringgit. Di dalam agama Islam, hantaran tidak diwajibkan tetapi
mahar adalah diwajibkan namun masyarakat sekarang lebih mengutamakan hantaran
daripada mahar. Dalam konteks ini, masyarakat zaman ini terkeliru dan tersalah
tafsir maksud sebenar mahar dan hantaran. Mereka beranggapan bahawa hantaran
itu lebih penting
daripada mahar dan terus mengamalkan adab ini sehingga sekarang. Hantaran tidak termasuk dalam ajaran agama Islam. Hantaran belanja yang kini mencecah belasan ribu ringgit Malaysia adalah tambahan adat Melayu yang bukan untuk memudahkan proses berkahwin tetapi sebenarnya adalah untuk menyusahkan orang yang ingin berkahwin. Jika hantaran tidak terlalu tinggi dan bersesuaian dengan keadaan semasa dan pihak lelaki berkemampuan membayarnya tidaklah menjadi satu kesalahan dan ianya diharuskan. Islam hanya meminta pihak lelaki memberi mahar sama ada dalam bentuk duit, emas atau sekadar bacaan Al-Quran.

Mahar
tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit, jadi untuk menentukan banyak
atau sedikitnya itu terpulanglah kepada dua pihak di atas persetujuannya dan
berdasarkan taraf atau darjat pengantin tersebut dan hukum syarak tidak
menggalakkan mahar yang terlalu tinggi yang menyebabkan kesukaran bagi pihak
lelaki. Mahar yang bakal diterima oleh bakal isteri menurut ulama tidak boleh
diambil oleh ibu bapa pengantin perempuan atau bakal suaminya. Mahar ini tidak
boleh digunakan untuk dibuat majlis kenduri kahwin tanpa kebenaran anak
perempuan yang berkahwin.
Menurut
sumber dari hadis dan sunnah, upacara persandingan dalam majlis perkahwinan
bukanlah datang dari ajaran Islam. Ia lebih tertumpu kepada ajaran dari agama
Hindu. Malahan adat menepung tawar dari beras kunyit berasal dari ajaran Hindu yang
masih lagi dikekalkan pada hari ini. Walaupun niat kita untuk mengadakan
upacara persandingan
dengan niat yang baik iaitu untuk meraikan pasangan pengantin, namun sekiranya upacara itu dicemari oleh unsur-unsur yang bertentangan dengan agama Islam, maka secara tidak langsung upacara tersebut salah disisi agama.

Prof. Yusof Qardhawi, jika kita ingin mengadakan majlis makan semasa majlis
kenduri kahwin di antara pengantin lelaki dan perempuan dan keluarga kedua-dua
pihak maka majlis seperti ini dibolehkan kerana ia akan mendatangkan kebaikan
untuk mengeratkan silaturahim di antara dua keluarga yang baru
berkenal-kenalan.
Selain
itu, Islam juga melarang pengantin perempuan bersolek secara berlebih-lebihan
dalam majlis perkahwinannya. Islam tidak melarang untuk bersolek tetapi
bersolek secara biasa iaitu bedak tidak terlalu tebal dan tiada perhiasan yang
berlebihan.
Kumpulan
etnik kedua terbesar adalah masyarakat Cina Malaysia yang membentuk kira-kira
25% jumlah penduduk. Kebanyakannya berketurunan imigran Cina yang datang semasa
kurun ke-19. Mereka terkenal dengan ketekunan dan kebijaksanaan dalam berniaga.
Kaum
Cina mempunyai adat yang bercanggah dengan agama mereka dan pantang larang yang
mereka perlu patuti semasa perkahwinan. Masyarakat Cina tidak begitu banyak
percanggahan dengan adat dan agama mereka semasa perkahwinan. Mereka lebih
tertumpu
kepada pantang larang sebelum dan selepas majlis perkahwinan. Ini kerana masyarakat Cina tidak terlalu mematuhi pantang larang dan percaya kepada pantang larang. Mereka percaya, jika mereka melanggar pantang larang itu, hidup mereka akan ditimpa bencana.

Kebanyakan
masyarakat Cina mengamalkan pantang larang sebelum dan selepas majlis
perkahwinan. Antara contoh pantang larang mereka ialah bakal pengantin tidak digalakkan untuk menghadiri majlis pengebumian
selama 3 bulan sebelum dan selepas majlis
perkahwinan. Selain itu, masyarakat
Cina juga tidak menggalakkan hiasan dalam majlis
perkahwinan menggunakan warna putih, biru tua, hitam dan hijau. Dalam bilik tidur bakal pengantin baru, katil, meja dan almari perlu diletakkan dalam kedudukan yang biasa dan bukannya diletakkan pada sudut bilik. Menurut kepercayaan masyarakat Cina, majlis perkahwinan yang tidak mengikut protokol yang ditetapkan adalah perkahwinan yang tidak sah.

etnik paling kecil antara ketiga-tiganya etnik di Malaysia adalah masyarakat
India yang membentuk kira-kira 10% jumlah penduduk. Masyarakat India menganuti
agama Hindu. Mereka membawa bersama budaya warna-warni mereka seperti kuil berhias,
makanan berempah dan sari mewah ke Malaysia.
Masyarakat
India juga mempunyai pantang larang perkahwinan. Masyarakat India tidak
mempunyai adab yang bercanggah dengan agama mereka sebaliknya mengamalkan
pantang larang untuk menjalani kehidupan semasa. Perkahwinan kaum India di Malaysia
diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu Tamil Tirumanam, Eliyat Tirumanam
Dan Vaitiikat Tirumanam.
Terdapat banyak adat dan pantang larang perlu diikut oleh kaum India semasa perkahwinan. Sebagai contoh, pantang larang semasa merisik adalah bakal pasangan akan saling membalas kunjungan ketika merisik. Tetapi ketika rombongan bakal pengantin perempuan, bakal pengantin perempuan dilarang menghadirkan diri kerana dianggap tidak sopan. Selain itu, sebelum majlis perkahwinan berlangsung, kad jemputan perlu disediakan dan dibuat berdasarkan almanak Hindu tanpa kesilapan. Menurut kepercayaan kaum India, jika terdapat kesilapan di dalam kad jemputan bermakna perkahwinan tersebut tidak dapat dijalankan dengan lancar. Jika jamuan perkahwinan dilakukan di kuil, maka hanya sayur-sayuran yang boleh dihidangkan kepada para tetamu dan makanan lain tidak boleh dihidangkan terutamanya daging lembu, kerana agama Hindu melarang penganutnya memakan daging lembu.
Rujukan:
Sankar
U. (2010). Gagasan Satu Malaysia Melalui Landasan Seni & Budaya. Klang,
Selangor. Reka Cetak Sdn. Bhd.
Embong
A. R. (2000). Negara Bangsa: Protes Dan Perbahasan. Bangi. Penerbit UKM.
No comments:
Post a Comment